Saturday, October 18, 2008

-Is this it- jumaat 26/09/08

Hari ini adalah hari jumaat iaitu hari yg amat mulia bersamaan dengan 26 hari umat islam di alam ini menunaikan kewajipan mereka yang telah tercatat di dalam rukun islam yang ke-3. aku pun turut menjalankan nya. Syukur sehingga ke hari ini aku masih bernafas untuk mengerjakan nya selama 26 hari. Semalam aku berbuka puasa untuk yang ke-2 kali nya dirumah sendirian. Orang tua ku berbuka puasa di rumah saudara ku yang kebanyakan nya tinggal di sekitar kawasan tempat aku tinggal. Tapi aku tak kesah aku dah biasa sejak dari kecil aku banyak menghabiskan masa ku sendiri hingga lah ke hari ini. Pagi ini aku meneruskan rutin kehidupan harian ku,bangun pagi bersiap untuk pergi mencari nafkah dan tujuan hidup ku ini. Selalu pagi-pagi mak aku yg hantar aku di stesen komuter tapi motor yang selalu mak aku guna pancit, jadi tak dapat lar dia menghantar aku pagi ini. Aku pun terus berjalan kaki walaupun kaki aku ni sakit kat tumit ni semua gara-para kasut aku lar ni. dah nak rayer ni kan. Pagi tadi dalam train suasana hari raya dah dapat aku lihat dan aku rasa di kawasan bandar sebab dah ramai yang naik train dengan membawa beg-beg besar nak balik kampong dah kan. Ada yang ku tanya nak balik kedah,johor and macam-macam lagi lar kan. Tapi semuanya yang jaoh-jaoh lar. Hurm dalam hati aku sayup jer rasa kan. Tapi nak buat macam mana aku bukan tak der kampong tapi inilar kampong aku. Aku lahir kat kuala Lumpur dan membesar di p.jaya sekarang aku tinggal di sg buloh kan. Nak buat macam mane da memang orang sni kan. Kalau semua orang kampong saper nak duduk kat kuala Lumpur kan hihi. Aku sendiri pun rayer ni tak ambil cuti ma hihi..bajet cuti lar untuk hari-hari laen kan. Aku dah penatlar nak rehat jap. Buker nanti ingat nak buke kat luar lar. Ambil feel sikit kan. Tapi ntah lar aku tak tahu lagi. Tapi aku masih tak pasti. Sedikit cerita dari aku :-

0 comments: